fbpx

Pakar Pelaburan Saham & Pengurus Wang Bertauliah

Dato’ Dr. Nazri Khan (No. Lesen: eCMSRL/B9561/2019) atau lebih dikenali dengan gelaran DDNK berkelulusan Ijazah Ekonomi dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU). 

Sebelum ini, Dato’ Dr. Nazri Khan menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Pelaburan Phillip Capital Management Sdn. Bhd. dan Naib Presiden Kanan Affin Hwang Bank selama 10 tahun. Beliau berpengalaman lebih 24 tahun di peringkat domestik hingga ke peringkat antarabangsa dalam bidang ekonomi dan pasaran saham serantau dan global. Kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam dunia pelaburan saham mencetuskan fenomena baharu apabila mendapat pengiktirafan rasmi dari Universiti Multimedia Malaysia dengan dilantik sebagai Adjunct Professor oleh Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Beliau juga merupakan mantan Ketua Pegawai Pelaburan, Hermana Capital Berhad dan mantan Ketua Penyelidik MIMB Investment Bank serta pernah terlibat secara langsung dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia. Dato’ Dr. Nazri Khan turut menjadi pilihan media utama dalam memberi komen dan nasihat tentang ekonomi dan pasaran saham seperti TV3, TV1, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, TV Al Hijrah, The Star, The Edge, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia.

Dato’ Dr. Nazri Khan juga telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada ‘Financial Service Industry’ dari The One Awards 2018 (Malaysia Outstanding National Enterpreneurs 2018) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau juga diiktiraf sebagai Top Opinion Leader 2015-2017 dan Social Influencer 2019 Outstanding Contributions di BursaMarketPlace dari Bursa Malaysia.

Selain itu, Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan Pengasas dan Pengerusi kepada sebuah badan penganalisis teknikal bertaraf dunia, iaitu Persatuan Teknikal Analisis Malaysia (MATA). Beliau juga merupakan Ahli Persatuan Penganalisis Teknikal (UK) dan Pakar Analisa Teknikal yang diiktiraf di peringkat dunia. Beliau juga memberi ucapan pada sidang International Federation of Technical Analysis (IFTA) yang bertempat di Tokyo, Australia, Italy dan di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi berkongsi kepakaran, pendapat dan idea mengenai teknologi teknikal analisis terkini. Beliau mencipta sejarah sebagai Pengasas dan Pengerusi MATA apabila berjaya membawa dan menghimpunkan lebih 200 orang Pakar Teknikal Analisis pelaburan saham dari seluruh dunia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Kepakaran dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau ternyata terus mendapat perhatian dan telah membuka mata pelbagai pihak termasuk dilamar oleh 10 orang terkaya di  Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan untuk menerajui salah sebuah syarikat pelaburan di bawah Berjaya Corporation Berhad.

Kini,  Dato’ Dr. Nazri Khan secara rasminya berperanan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengurus Wang Bertauliah di Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd., iaitu salah satu anak syarikat Berjaya Corporation Berhad yang memberi perhatian secara khusus kepada pelaburan secara strategik dalam pasaran saham tempatan dan global. 

Berdasarkan rekod terkini, unit amanah yang diuruskan oleh beliau, iaitu Interpac Dana Safi terus mengekalkan reputasi secara konsisten dengan menduduki tangga pertama dalam bidang unit trust sebagai Unit Trust Nombor  1 di  Malaysia dalam Kategori Syariah untuk tempoh Januari 2020 hingga November 2020 dengan pulangan 124% setahun yang sangat memberangsangkan! (Source : Lipper Fund Awards)

INTERNATIONAL FINANCE AWARD BEST CEO FASTEST GROWING

Social Influencer 2019 Outstanding Contributions di BursaMarketPlace

Top Opinion Leader 2015-2017

Dato' Dr. Nazri Khan (MSTA,CFTe)

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN PENGURUS WANG BERTAULIAH INTER-PACIFIC ASSET MANAGEMENT SDN. BHD.(204709-U) 

(Syarikat Pengurusan Wang Berdaftar dan Berlesen) 

KENYATAAN PENAFIAN:

Program ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Jika ada sebarang masalah. Boleh hubungi / whatsapp kami :

014-669 4164 (EN. TARIQ), 014-669 8327 (EN. AKRAM), 014-669 8307 (PN. NANIE), 
016-234 8307 (PN. MASHI), 016-223 4907 (CIK. NADIA), 014-669 3714 (EN. IZZAT), 016-436 0423 (SITI)

Alamat

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

Harga akan dinaikkan

Scroll to Top