DATO’ DR. NAZRI KHAN (MSTA, CFTE) - JURULATIH PELABURAN SAHAM GLOBAL #1 MALAYSIA

Dato Dr. Nazri Khan adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom. Beliau kini adalah Head di Berjaya Inter-Pacific Asset Management (No. Lesen eCMSRL/B9561/2019) dan merupakan pengurus wang bertauliah di dalam pasaran saham global.

Sebelum ini beliau adalah Naib Presiden Kanan Pelaburan Phillip Capital Management dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Bank. Beliau berpengalaman selama hampir 23 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa didalam ekonomi dan pasaran saham serantau.

Dato Dr. Nazri Khan adalah Pengerusi dan Pengasas Persatuan Saham Bertaraf Dunia, Persatuan Teknikal Analisis Malaysia (MATA) yang baru-baru ini berjaya membawa 300 delegasi seluruh dunia ke Konferens Antarabangsa bertempat di KLCC yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau juga merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan, Hermana Capital Berhad dan bekas Ketua Penyelidik MIMB Investment Bank serta pernah berkecimpung dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.

Dato Dr. Nazri Khan turut menjadi pilihan media utama dalam memberi komen-komen tentang Pasaran Saham seperti TV3, TV1, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, TV Al Hijrah, The Star, The Edge, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia.

 

Selain dari itu, Dato Dr Nazri Khan telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada ‘Financial Service Industry’ dari The ONE Awards 2018 (Malaysia Outstanding National Entrepreneurs 2018) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau juga diiktiraf sebagai Top Opinion Leader 2015-2017 dan Social Influencer 2019 Outstanding Contributions di BursaMarketPlace dari Bursa Malaysia.

Dato Dr. Nazri Khan merupakan pemegang PhD dari Universiti Multimedia Malaysia dan telah mengendalikan lebih 1,000 buah program pelaburan di dalam dan luar Malaysia dan telah berucap di platform saham antarabangsa seluruh dunia termasuk Bankers Club London, Tokyo, Sydney, Milan, Berlin, Jakarta dan Singapura. Disamping itu, beliau merupakan salah seorang panel BNM Governor’s Address On The Malaysian Economy di Bank Negara Malaysia yang memberikan input-input terkini terhadap ekonomi negara.

Berdasarkan pengalaman beliau lebih dari 23 tahun dan kepakaran beliau dalam bidang ekonomi, kewangan serta pelaburan saham, menjadikan beliau pengurus wang bertauliah didalam pasaran saham Global untuk menguruskan dana lebih daripada RM1 juta.

Scroll to Top