fbpx

Dapatkan DISKAUN bernilai RM4,500. Tawaran terhad!

Sila BACA Terma & Syarat SATU PER SATU dengan TELITI terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

Saya Setuju dengan TERMA & SYARAT yang diberikan

  1. Semua video yang diberikan dalam platform ini adalah RAKAMAN DARIPADA PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIADAKANsebelum ini. Anda diwajibkan untuk memahami tentang perbezaan yang berlaku dalam semua aspek termasuk harga saham, trend, pergerakan carta dan seumpamanya. Semua pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan perundingan secara professional daripada pakar-pakar pelaburan yang bertauliah dan berlesen.
  2. Tempoh langganan bagi setiap pelanggan adalah TERHAD BAGI TEMPOH ENAM (6) BULAN LANGGANAN SAHAJA. Mana-mana pelanggan yang telah tamat tempoh dan hendak melanjutkan tempoh langganan perlu melakukan pembelian semula (jika perlu), diskaun / potongan 20% akan diberikan setiap kali langganan diperbaharui mengikut terma & syarat dari Vega Hermosa.
  3. Akses ke portal akan diaktifkan SELEPAS ANDA SELESAI MEMBUAT PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN PENUH secara transaksi atas talian. Sekiranya anda membuat pembayaran secara pindahan ke akaun Vega (manual), akan mengambil sedikit masa (1 ke 2 hari waktu bekerja) untuk aktifkan akses anda ke portal DDNKClassroom
  4. Tiket / Akses ini tidak boleh ditukar ganti dengan nilai wang, kredit atau barang atau apa saja yang berkaitan dengannya.
  5. Pihak Vega Hermosa BERHAK MENGEMAS KINIatau MELAKUKAN PERUBAHAN, PENAMBAHBAIKAN, AKTIVITI MENAIK TARAF SISTEM/PLATFORM atau APA SAJA YANG PERLU jika berlaku sesuatu di luar jangkaan serta menukar mana-mana terma dan syarat yang difikirkan wajar tanpa perlu membuat pemberitahuan awal terlebih dahulu.
  6. Anda DIWAJIBKAN menjaga kelakuan dan kata-kata setelah melanggan portal ini dan DILARANG MELAKUKAN SEBARANG PROVOKASI ATAU SEBARANG TINDAKAN NEGATIFyang menjejaskan reputasi atau apa saja yang seumpamanya terhadap penganjur dan mana-mana pelanggan lain. Pelanggan DILARANG MENJALANKAN SEBARANG AKTIVITI MEMPROMOSI, MENJUAL ATAU SEUMPAMANYA SEBARANG JENIS PRODUK. Sekiranya didapati mana-mana pelanggan GAGAL MEMATUHI, pihak penganjur BERHAK mengeluarkan anda yang terlibat daripada langganan tersebut dan membatalkan/mengeluarkan penyertaan pelanggan secara serta-merta tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pelanggan yang terlibat atau memberikan sebarang notis terlebih dahulu. TIADA PEMULANGAN WANG LANGGANAN AKAN DIBERIKAN.
  7. Anda DILARANG SAMA SEKALImengambil atau mengumpul data atau seumpamanya.
  8. Anda diwajibkan untuk mendaftar dan menggunakan NAMA SEBENAR MENGIKUT KAD PENGENALANsemasa mendaftar dan mengikuti portal DDNKClassroom ini. Pastikan anda menggunakan Emel dan No-Tel anda yang betul / sah / tepat / terkini semasa ingin melanggan.
  9. Anda DIWAJIBKANuntuk SENTIASA “SEMAK EMAIL” (dibahagian SPAM & JUNK), “SEMAK WHATSAPP”, “SEMAK SMS”  anda dari semasa ke semasa untuk dapatkan info lanjut dan terkini.
  10. Semua bahan pembelajaran, kaedah aplikasi dan apa saja maklumat yang diberikan dalam program seperti DDNKCLassroom ini adalah HAK CIPTA TERPELIHARAsepenuhnya Dato’ Dr. Nazri Khan dan Vega Hermosa International Sdn. Bhd.*
  11. Sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek, iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 1976. Mana-mana pihak adalah DILARANG sama sekali untuk melakukan sebarang ulang cetak atau penerbitan semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan dalam apa jua bentuk atau tujuan sekalipun.
  12. Vega Hermosa International Sdn. Bhd. dan Dato’ Dr. Nazri Khan merupakan PEMILIK SAH HARTA INTELEK bagi DDNKClassroom. Penganjur MELARANG MANA-MANA PIHAK MENGADAKAN SEBARANG PROGRAM ATAU LATIHANseumpama DDNKClassroom atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya atau apa saja yang berkaitan tanpa kebenaran bertulis secara rasmi daripada Penganjur dan Dato’ Dr. Nazri Khan. 
  13. Segala data dan maklumat yang dimiliki oleh pihak penganjur adalah tertakluk kepada AKTA 709 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010. Pihak penganjur MELARANG SEBARANG AKTIVITI ATAU KEGIATAN MENGAMBIL DATA/BUTIRAN PELANGGAN, MENJUAL BARANG ATAU PERKHIDMATAN ATAU APA-APA JUA AKTIVITIyang tidak mendapat kelulusan secara bertulis daripada Penganjur sama ada sebelum, semasa atau selepas program yang berkaitan dengan DDNKClassroom dijalankan. 
  14. Pihak penganjur MELARANGmana-mana individu atau organisasi MENGELUARKAN, MENGGUNAKAN ATAU MENYEBARKAN mana-mana bahan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada rakaman dalam bentuk audio, visual, gambar atau apa saja yang berkaitan dengan menggunakan apa saja teknologi untuk dipaparkan dalam mana-mana platform media cetak atau elektronik (analog atau digital termasuk media sosial) bagi apa-apa saja tujuan sekalipun bersama dengan niat atau tiada niat melainkan atas kebenaran rasmi daripada pihak penganjur dan Dato’ Dr. Nazri Khan.
  15. Anda diwajibkan untuk MEMATUHI SETIAP ARAHAN YANG TELAH ATAU BAKAL DIKELUARKANoleh pihak Vega Hermosa International Sdn. Bhd. sama ada sebelum, semasa atau selepas melanggan termasuk yang telah ditetapkan dan arahan-arahan yang bakal dikeluarkan selepas pendaftaran / melanggan.
  16. Penganjur BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN SERTA-MERTA dan MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANGbagi pelanggan DDNKClassroom yang mengingkari atau melanggari mana-mana syarat melanggan yang dinyatakan di atas dan bayaran langganan yang berkaitan  yang telah dibuat seperti DDNKClassroom tidak akan dikembalikan kepada pelanggan berkenaan.
  17. Anda DIWAJIBKANuntuk memastikan semua kelengkapan yang diperlukan disediakan lebih awal dan berada dalam keadaan baik termasuk memastikan sambungan Internet berada dalam keadaan stabil dan berkelajuan tinggi untuk menjamin kelancaran semasa sesi pembelajaran didalam portal DDNKClassroom. Penganjur TIDAK BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kerugian yang berlaku dalam apa jua bentuk sekalipun.
  18. Anda DIWAJIBKANuntuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Sekiranya mana-mana pelanggan GAGAL MEMATUHI mana-mana peraturan atau undang-undang, pihak penganjur BERHAK mengeluarkan pelanggan yang terlibat dan membatalkan penyertaan langganan tersebut secara serta-merta tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pelanggan yang terlibat. Penganjur juga BERHAK mengambil tindakan undang-undang yang sesuai berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana pelanggan.
  19. Setelah langganan berjaya dilakukan, sebarang permohonan pembatalan langganan atau pengembalian wang adalah TIDAK DIBENARKANsama sekali.
  20. Jika langganan berjaya, anda akan menerima resit pembayaran melalui emel. Sekiranya anda tidak menerima sebarang, ia bermaksud pembayaran transaksi anda tidak berjaya.
  21. Setiap akses ke portal yang diberikan kepada anda adalah KHAS UNTUK SEORANG PELANGGANbagi SATU PERANTI AndaDILARANG berkongsi atau menyebarkan akses tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa kebenaran rasmi daripada pihak penganjur. 
  22. Sekiranya anda didapati melanggar mana-mana peraturan, anda akan dikeluarkan daripada program secara serta-merta tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada pelanggan yang terlibat atau memberikan sebarang notis terlebih dahulu termasuk TIADA PEMULANGAN WANG PENDAFTARAN.

 

KENYATAAN PENAFIAN

  • DDNKClassroom ini bertujuan pendidikan sahaja. DDNKClassroom ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham, analisis, teknik dan apa saja informasi yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja dan bukan sebagai saranan atau cadangan.

 

  • Segala ilmu termasuk analisis teknikal adalah melibatkan video rakaman yang diambil dari sesi program sebelum ini. Segala kandungan, teknikal, analisis, masa, pergerakan carta adalah tertakluk kepada masa perkara tersebut dirakamkan dan tidak menunjukkan masa semasa rakaman dibuka.

 

  • Pihak penganjur tidak menjanjikan sebarang jaminan terhadap ketepatan sama ada dari segi informasi atau masa, kesempurnaan, kesesuaiannya, pencapaian, keputusan atau apa sahaja yang berkaitan. Sebarang strategi atau kaedah yang diajar tidak menjanjikan keuntungan dan berkemungkinan menyebabkan kerugian.

 

  • DDNKClassroom diadakan dengan persetujuan bahawa tenaga pengajar atau penganjur tidak menyediakan perkhidmatan dalam bidang perundangan, perakaunan, pencukaian atau mana-mana perkhidmatan berbayar yang tiada kaitan dengan program ini. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

 

  • Semua pelanggan diingatkan bahawa aktiviti pelaburan ataupun trading saham mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu atau kumpulan atau syarikat atau lain-lain yang berkaitan. Aktiviti pelaburan dalam ekuiti atau ekuiti derivatif melibatkan risiko yang signifikan dan berkemungkinan boleh mengalami kerugian modal yang dilaburkan. Anda tidak digalakkan untuk melabur lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi dan anda dinasihatkan agar memahami akan setiap risiko yang terlibat.

 

  • Pihak penganjur, iaitu Vega Hermosa International Sdn. Bhd. bersama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) sekali lagi menegaskan bahawa DDNKClassroom ini bertujuan pendidikan semata-mata. Setiap pelanggan dinasihatkan agar sentiasa peka dengan risiko dalam pelaburan. Pihak penganjur dan DDNK tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang kerugian yang wujud atas apa sebab atau alasan sekalipun yang berlaku pada mana-mana individu atau organisasi.

 

  • Sebelum anda memulakan pelaburan, anda dinasihatkan memberi pertimbangan sewajarnya berkaitan dengan tahap pengalaman dan objektif pelaburan serta risiko-risiko yang ada dalam pelaburan. Anda juga dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar kewangan bertauliah jika perlu.

KENYATAAN PENAFIAN:

Program ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Jika ada sebarang masalah. Boleh hubungi / whatsapp kami :

014-669 4164 (EN. TARIQ), 014-669 8327 (EN. AKRAM), 014-669 8307 (PN. NANIE), 
016-234 8307 (PN. MASHI), 016-223 4907 (CIK. NADIA), 014-669 3714 (EN. IZZAT), 016-436 0423 (SITI)

Alamat

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan DISKAUN bernilai RM4,500. Tawaran terhad!

Harga akan dinaikkan

Scroll to Top