fbpx

Terma dan Syarat

  1. Sebarang rakaman audio, video, kamera atau seumpamanya TIDAK dibenarkan di sepanjang AMAZING INVESTOR (Al) dijalankan. Pihak penganjur, Vega Hermosa International Sdn Bhd (“Penganjur”) berhak mengambil tindakan sewajarnya dengan merampas sebarang peralatan rakaman yang diguna­kan sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi oleh peserta Al.
  2.  Semua bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi Al ini adalah hak cipta Dato’ Dr. Nazri Khan serta Penganjur dan sebarang penggunaannya adalah tertakluk kepada undang-undang harta intelek iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagangan 197 6. Dilarang sama sekali pengulangan cetak atau penerbitan semula bahan pembelajaran dan kaedah aplikasi yang digunakan.
  3. Penganjur melarang mana-mana pihak dari mengadakan pro­gram atau latihan seumpama Al atau menggunakan nama dan kaedah seumpamanya tanpa kebenaran bertulis daripada Penganjur dan Dato’ Dr. Nazri Khan yang merupakan pemilik sah harta intelek berkaitan dengan Al ini.
  4. Penganjur akan membuat rakaman di sepanjang program Al untuk tujuan pemasaran dan promosi. Sekiranya, peserta Al tidak mahu dirakamkan di dalam apa jua bentuk rakaman, peserta Al berkenaan dikehendaki memilih tempat yang dikhaskan iaitu di bahagian belakang dewan di mana Al dijalankan.
  5. Penganjur melarang sebarang kegiatan seperti mengambil data/butiran peserta, mengedar risalah, menjual barang atau apa-apa jua aktiviti yang tidak mendapat kelulusan bertulis daripada Penganjur sama ada di dalam atau di luar kawasan di mana program Al diadakan.
  6. Peserta Al perlu memakai lanyard atau nametag sepanjang program. Jika didapati hilang atau tinggal dikenakan denda sebanyak RMS0/-.
  7. Peserta Al dikehendaki memastikan bahawa telefon bimbit anda di dalam keadaan ‘silent mode’ untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa Al dijalankan. Peserta yang ingkar dengan peraturan ini akan dikenakan denda berjum­lah RMS0/- untuk kesalahan pertama dan RM100/- untuk kesalahan yang berikutnya.
  8. Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta Al yang mengingkari atau melanggari mana-mana syarat penyertaan yang dinyatakan di atas dengan serta-merta dan yu­ran penyertaan Al tidak akan dikembalikan kepada peserta berkenaan.
  9. Susun atur tempat duduk di dalam dewan di sepanjang pro­gram Al ini berjalan adalah diasingkan di antara lelakj dan wa.ni.ta.. Sila patuhi arahan papan tanda dan pegawai bertu­gas.
  10. Hanya peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan untuk menyertai Program Al ini. Peserta yang berumur 17 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan un­tuk menyertai Program Al tanpa kebenaran dan pengawasan ibu bapa atau penjaga. Keselamatan adalah tanggungjawab peserta sendiri, pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas keselamatan peserta dalam apa juga bentuk sekalipun.
  11. Adalah menjadi kewajjpan peserta hamil untuk mem­beritahu pihak penganjur tentang tempoh kehamilan mere­ka semasa pendaftaran di program. Laluan khas disediakan untuk peserta hamil. Kehamilao pada atau melebibi 32 mjnggu tidak djgalakkan mengjkuti program. Jika peserta Al tetap hadir walaupun telah melebihi tempoh kehamilan, pihak penganjur bebas daripada sebarang kemungkinan dan liabiliti yang timbul akibat penyertaan peserta di pro­gram Al kerana kehamilan tersebut.
  12. Pengidap penyakit kronik seperti lemah jantung, asma yang berat dan sebagainya tidak dibenarkan hadir ke program atas faktor-faktor kesihatan dan keselamatan.
  13. Pihak penganjur tidak akan mendedahkan maklumat peribadi peserta kepada mana-mana pihak yang tidak ber­kaitan untuk sebarang tujuan.
  14. Setiap contoh, analisis dan informasi yang ditunjukkan sema­sa program adalah berdasarkan sumber yang dipercayai oleh pihak pihak penganjur dan hanya digunakan untuk tujuan pendidikan dan latihan semata-mata, dan bukan sebagai sa­ranan atau cadangan. Pihak penganjur tidak menjanjikan sebarang jaminan terhadap ketepatan sama ada dari segi in­formasi atau masa, kesempurnaan, kesesuaiannya, pencapa­ian, keputusan atau apa sahaja yang berkaitan. Program Al diadakan dengan persetujuan bahawa tenaga pengajar atau penganjur tidak menyediakan perkhidmatan dalam bidang perundangan, perakaunan, pencukaian atau mana-mana perkhidmatan berbayar yang tiada kaitan dengan Program Al.
  15. Anda diingatkan bahawa aktiviti pelaburan ataupun trading saham mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu atau kumpulan atau syarikat atau lain-lain yang berkaitan. Aktiviti pelaburan dalam ekuiti atau ekuiti derivatif melibatkan risiko yang signiflkan dan berkemungkinan boleh mengalami keru­gian modal yang dilaburkan. Anda tidak digalakkan untuk mel­abur lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi dan anda dinasihatkan agar memahami akan setiap risiko yang terlibat. Sebelum anda memulakan pelaburan, anda dinasihatkan mem­beri pertimbangan sewajarnya berkaitan dengan tahap pen­galaman dan objektif pelaburan. Anda juga dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar ke­wangan bertauliah jika perlu.
  16. Sekali lagi ditekankan di sini bahawa sebarang strategi atau kaedah yang diajar tidak menjanjikan keuntungan dan berke­mungkinan menyebabkan kerugian. Mana-mana ekuiti deri­vatif yang ditunjukkan adalah hanya untuk tujuan pengajaran dan juga latihan dan bukan sebagai saranan ataupun cadan­gan. Setiap analisis dan keputusan yang dibuat oleh peserta perlu dipikul oleh peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas setiap kerugian atau kemudaratan yang dialami oleh peserta Al dalam apa jua bentuk sekalipun.
Scroll to Top